25th January 2012.
Saturday, 24 November 2012 @ 3:44 pm
Assalamualaikum,

Korang tahu tak berapa haribulan harini kalau ikut kalender Islam? Ha, betul! Harini 10 Muharram. 10 Muharram juga dikeali sebagai Hari Asyura' tau!

Perkataan Asyura' berasal dari perkataan Arab iaitu asyara yang bermaksud sepuluh. Pada Hari Asyura' ni, umat Islam disunatkan untuk berpuasa. Sebenarnya, banyak lagi amalan yang disunatkan pada Hari Asyura ni. Tapi, kebiasaannya orang akan puasa je la. Hehehe =) Kalau korang rajin sikit, bolehla buat amalan-amalan sunat yang lain. Apa amalan lain yang boleh dilakukan? Cube korang refer sini..
Korang mesti tertanya-tanya pasal sejarah Hari Asyura' ni, kan?

Sejarah Hari Asyura'

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban 
WIKIPEDIA
Tu je yang saya boleh share dengan korang. Assalamualaikum =)
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03