25th January 2012.
Friday, 30 November 2012 @ 4:40 pm
Assalamualaikum,

Comelkan kalau kite bertudung?


Memang trend perempuan skarang ni pakai shawl, kan? Saya pon sama Salahke pakai shawl ni? Taklah.. Yang salah ialah cara memakai shawl tu. Shawl yang korang pakai tu tutup dada tak? bukan susah pon. Skarang ni, banyak tutorial pakai shawl yang tutup dada kat youtube. Try la check! ^_^

Persoalannya, Bagi korang, apa itu bertudung?

Tutup rambut tak bagi nampak? Kain yang dililit kat atas kepala? Or sesuatu bende yang dilakukan untuk menyempurnakan aurat kita? Semua tu terserah pada korang..

Sayang sangat, Umat Islam hari ni pakai tudung tapi nampak leher. Pakai tudung tapi baju ketat. Pakai tudung tapi baju sleeveless. Pakai tudung tapi.... Memang banyak sangat! Korang boleh fikir sendiri yang lain-lain tu.

Tak susah kan untuk tutup pakai tudung dengan cara yang betul? Mungkin korang akan kate "Alah, kau sibuk hal orang apahal? Sukahati aku la nak pakai camane pun! Kubur lain-lain.." 

Ya, memang betul kubur lain-lain. Tapi kite setiap umat Islam perlu saling mengingati antara satu sama lain.. Lagipun, lupa memang fitrah manusia. Normal la tu. 

Perkataan "Insan" sendiri pun berasal dari perkataan Arab iatu "Nasi" Bukan nasik yang korang makan hari-hari tu! Nasi bermaksud lupa.. Fitrah, kan? 

So, jom lah kite berubah jadi lebih baik. Kita mulakan dengan slow-slow. Tak perlu berubah mendadak pakai tudung labuh terus.. Start dengan pakai tudung yang tutup dada. Kalau berubah mendadak memang susah nak istiqamah.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini..

Sekian, Asssalamualaikum.


Islam itu mudah, Islam itu Indah =)
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03